Sumber : http://www.bharian.com.my/node/112861
Ahad, 10 Januari 2016 @ 1:11 PM
Pihak berkuasa China runtuhkan hospital .
PIHAK berkuasa wilayah Henan meruntuhkan sebahagian bangunan hospital dan rumah mayat, sehingga memaksa doktor, jururawat dan pesakit melarikan diri. - Foto EPA BEIJING:
Pihak berkuasa wilayah Henan meruntuhkan sebahagian bangunan hospital dan rumah mayat, sehingga memaksa doktor, jururawat dan pesakit melarikan diri. Ia juga menyebabkan enam mayat yang diurus di rumah mayat itu tertimbus dalam runtuhan. Laporan agensi berita Xinhua menyatakan, pihak hospital berkenaan menuduh kerajaan tempatan mengarahkan kerja pemusnahan selepas gagal membuatkan ia bersetuju dengan projek pelebaran jalan. Hospital Universiti Zhengzhou di Henan berkata, kerja pemusnahan tidak dijangka pada pagi Khamis itu menimbus enam mayat yang disimpan di rumah mayat, menyebabkan kerosakan peralatan perubatan bernilai hampir 20 juta yuan (RM134 juta) dan mencederakan kakitangan hospital. "Menimbus mayat pesakit adalah tindakan tidak menghormati si mati. Saya tidak pernah bayangkan perkara seumpama ini akan berlaku," kata timbalan ketua propaganda hospital itu, Zhang Yuan. Pejabat penerangan kerajaan daerah Huiji berkata dalam kenyataan online pada Khamis bahawa mereka meminta hospital memusnahkan bilik pemeriksaan dan rumah mayat itu sendiri. Ia berkata, pekerja memastikan tiada siapa dalam bangunan sebelum kerja pemusnahan dijalankan. - Agensi
No comments:
Post a Comment